Nantikan Forging Ahead, Siri Khas PLA Bakal Siar 1 Ogos

Forging Ahead, sebuah siri TV lima episod yang pasti menguja, akan bersiaran di kaca televisyen bermula pada Jumaat, 1 Ogos. Tayangan ini bersempena dengan ulang tahun ke-98 Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China yang jatuhnya pada tarikh sama.

Terbitan bersama Jabatan Kerja Politik di bawah Suruhanjaya Tentera Pusat, Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Ruang Siber Pusat serta Kumpulan Media China, siri ini memaparkan kisah-kisah dan semangat anggota PLA dalam menyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap nusa dan bangsa.

Tontoni dahulu treler hari ini, dan pastikan anda tidak ketinggalan daripada mengikuti tayangan istimewa program Forging Ahead nanti.

Video

Berita Berkaitan