Zhao Leji Lawat Hungary, Perkukuh Kerjasama BRI

(CRI)Khamis 31 Julai 2025

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhao Leji mengadakan lawatan rasmi ke Hungary bermula 24 hingga 28 Julai.

Sepanjang berada di Budapest, Zhao bertemu dengan Presiden Hungary Tamas Sulyok dan Perdana Menteri Viktor Orban serta mengadakan rundingan dengan Speaker Perhimpunan Kebangsaan negara itu, Laszlo Kover.

Ketika pertemuan dengan Presiden Sulyok, beliau telah menyatakan komitmen China untuk bekerjasama rapat dengan Hungary bagi memperdalam penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi 'Terbuka ke Timur' Hungary, dan menyelesaikan pembinaan projek ikonik secara berkualiti tinggi termasuk rel Hungary-Serbia.

Sulyok berkata penglibatan Hungary dalam BRI amat penting bagi negara itu dan projek rel Hungary-Serbia merupakan contoh kerjasama projek besar antara kedua-dua pihak.

Beliau juga berharap agar kedua-dua pihak terus memperkasa kerjasama dalam tenaga hijau, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital serta bidang-bidang melibatkan sosiobudaya, golongan belia, pendidikan dan sebagainya.

Dalam lawatan tersebut, Zhao turut berkesempatan meninjau pusat budaya China di Budapest serta projek rel Hungary-Serbia dan taman kerjasama perdagangan dan logistik China-Eropah.

Video

Berita Berkaitan