China Kecewa AS Kena Sekatan terhadap Palestin

(CRI)Sabtu 02 Ogos 2025

China meluahkan rasa terkejut susulan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan menyasar pegawai Pihak Berkuasa Palestin (PA) serta ahli Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Jurucakap Kementerian Luar Guo Jiakun berkata perbuatan AS seumpama amat mengecewakan dan sukar difahami kerana negara itu menutup mata terhadap usaha komuniti antarabangsa ke arah perdamaian.

Guo menyatakan China teguh menyokong perjuangan adil rakyat Palestin dalam memulihkan hak-hak bangsa mereka yang sah, serta kuasa PA ke atas semua wilayah Palestin termasuk Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

China kekal konsisten dengan pendirian terhadap penyelesaian isu Palestin secara tuntas, adil dan berkekalan berdasarkan formula 'penyelesaian dua negara'.

Video

Berita Berkaitan