Kerajaan Baharu Myanmar Bermesyuarat Kali Pertama

(CRI)Isnin 04 Ogos 2025

Kerajaan persekutuan Myanmar yang baru dibentuk mengadakan mesyuarat pertamanya di Naypyidaw pada Jumaat.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Perdana Menteri baharu, U Nyo Saw.

Beliau berkata perlunya keutamaan diberi kepada pengukuhan kerajaan persekutuan, perpaduan bangsa dan kestabilan kedaulatan, selain melaksanakan matlamat yang ditetapkan Suruhanjaya Keselamatan dan Keamanan Negara.

Difahamkan, pilihan raya Myanmar dijadual berlangsung pada Disember depan.

Video

Berita Berkaitan