- Lain-lain
Kadar Tarif AS Capai Tahap Tertinggi Sejak 1934
Yale University Budget Lab baru-baru ini menerbitkan satu laporan yang mendedahkan bahawa, kadar tarif purata efektif Amerika Syarikat (AS) kini mencecah 18.3 peratus, iaitu paras tertinggi sejak tahun 1934, berikutan pelarasan dasar tarif oleh kerajaan AS tahun ini.
Laporan tersebut mendedahkan bahawa langkah-langkah tarif yang dilaksanakan oleh kerajaan AS tahun ini dijangka akan menyebabkan kenaikan harga barangan kira-kira 1.8 peratus dalam jangka pendek, bersamaan dengan kerugian purata sebanyak USD2,400 (RM10,165) bagi setiap isi rumah.
Laporan juga menunjukkan bahawa dasar tarif AS akan mengurangkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 0.5 mata peratusan pada tahun 2025 dan 2026.
Selain itu, dasar ini dijangka akan meningkatkan kadar pengangguran sebanyak 0.3 mata peratusan menjelang akhir 2025 dan 0.7 mata peratusan menjelang akhir 2026.
- AS Umum Tarif Peralatan Elektrik Mengandungi Keluli Naik kepada 50 Peratus
- Ratusan Penduduk Dipindahkan Susulan Kebocoran Bahan Kimia
- Penduduk Michigan Hilang Keyakinan terhadap Ekonomi AS
- Trump Tuntut Universiti Harvard Sediakan Info Pelajar Asing
- Moody’s Turunkan Penarafan Kredit AS
- Pembeli Petroleum Iran akan Dilarang Berniaga dengan AS - Kata Trump
- Seramai 241,000 Rakyat AS Mohon Faedah Pengangguran Buat Kali Pertama dalam Minggu Lalu
- Kadar Bantahan terhadap Dasar Ekonomi Trump Meningkat kepada 56 Peratus
- Sokongan 100 Hari Pemerintahan Trump, Rekod Terburuk Dalam 8 Dekad
- Sejumlah Negara Bertindak Balas terhadap Peningkatan Tarif AS