Satu Lagi Laluan Terus antara Beijing dan Xinjiang

(CRI)Rabu 06 Ogos 2025

Laluan penerbangan terus dari Lapangan Hongqipo Aksu, Xinjiang ke Lapangan Terbang Daxing Beijing secara rasmi dibuka pada 3 Ogos 2025.

Laluan terus ini memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua lapangan terbang tersebut sebanyak kira-kira dua jam jika dibandingkan dengan penerbangan transit.

Laluan kendalian syarikat China Southern itu dijalankan pada setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad, sekali gus menawarkan perjalanan yang cekap dan mudah bagi penumpang.

Video

Berita Berkaitan