- Lain-lain
Dua Warga China Maut dalam Insiden Bot Laju Terbalik di Bali
(CRI)Rabu 06 Ogos 2025
Konsulat Jenderal China di Denpasar pada Selasa memaklumkan dua warga China maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan bot laju yang berlaku di perairan berhampiran Pulau Bali, Indonesia pada hari yang sama.
Menurut pihak berkuasa mencari dan menyelamat tempatan, bot laju yang dikenali sebagai 'Dolphin 2' terbalik selepas dipukul ombak besar ketika dalam perjalanan dari Nusa Penida, Bali menuju ke Pelabuhan Sanu.
Bot tersebut membawa 80 orang, termasuk 73 pelancong asing, dua pelancong tempatan dan lima anak kapal.
Setakat ini dua disahkan maut, seorang masih hilang manakala 77 lagi berjaya diselamatkan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang