- Lain-lain
Trump Mungkin Adakan Pertemuan dengan Putin dan Zelensky Dalam Masa Terdekat
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan kepada media di Rumah Putih pada Rabu, bahawa beliau “amat berkemungkinan” akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam masa terdekat bagi menyelesaikan konflik antara Rusia dan Ukraine.
Menurut laporan The New York Times, CNN dan pegawai Rumah Putih, ketika Trump mengadakan perbualan telefon dengan pemimpin Eropah pada hari sama, beliau berkata terdapat rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Putin seawal minggu depan, diikuti pertemuan tiga hala bersama Zelensky.
Pada Rabu, Trump di platform media sosialnya menyatakan bahawa pertemuan Utusan Khas AS ke Asia Barat, Steve Wittkoff dengan Putin pada hari tersebut ‘amat berhasil’.
Bagaimanapun, dalam satu wawancara bersama media selepas itu menyatakan adalah sukar untuk menyifatkan lawatan Wittkoff kali ini sebagai satu ‘kemajuan besar’.
- AS, Rusia Bincang Krisis Ukraine di Kuala Lumpur
- Rusia Sedia Bekerjasama dengan Ukraine, Rangka Memorandum Pejanjian Damai - Putin
- Zelensky Nyatakan akan "Menunggu" Putin di Turkiye
- Rundingan Rusia-AS Gagal Capai Kenyataan Bersama
- Rusia, AS Tiada Rancangan Meterai Dokumen di Riyadh
- Trump, Putin Bakal Bincang Gencatan Senjata di Ukraine
- Setiausaha Negara AS Bakal Bertemu Delegasi Ukraine di Arab Saudi
- AS-Ukraine Perlu Capai Perjanjian Mineral Sebelum Betuk Pasukan Pengaman - Trump
- Perjanjian Rangka Ekonomi AS-Ukraine telah Disiapkan
- Perjanjian Mineral AS-Ukraine Dijangka Ditandatangani Minggu Ini