- Lain-lain
Menteri Pengangkutan Indonesia Mohon Maaf, Insiden Bot Laju Terbalik di Bali
Menteri Pengangkutan Indonesia, Dudy Purwagandhi pada Rabu mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf bagi mewakili kerajaan Indonesia, susulan insiden bot laju 'Dolphin 2' yang terbalik berhampiran Pulau Bali pada Selasa.
Dalam kenyataan tersebut, beliau berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dan melakukan penilaian dengan segera.
Lebih kurang jam 2.30 petang waktu tempatan, bot laju 'Dolphin 2' yang membawa 75 pelancong dan lima anak kapal bertolak dari pelabuhan Nusa Penida, Bali menuju ke Pelabuhan Sanur, keadaan laut pada ketika itu tenang dan tiada angin kencang.
Bagaimanapun pada jam 3.10 petang, ketika bot menghampiri laluan masuk Pelabuhan Sanur dan melepasi tanda navigasi merah-hijau, kapten bot telah membuat belokan ke kiri sebagai persediaan untuk berlabuh, namun ketika itu ombak besar secara tiba-tiba menghentam bahagian kiri bot, menyebabkannya terbalik.
Insiden tersebut mengorbankan dua warga China, manakala seorang anak kapal dilaporkan hilang.
Seramai 73 penumpang dan empat anak kapal berjaya diselamatkan.
Sehingga petang 6 Ogos, mayat anak kapal yang hilang telah ditemui.