China Seru Kerjasama Serantau Perangi Keganasan di Afrika Barat dan Sahel

(CRI)Jumaat 08 Ogos 2025

China menekankan keperluan untuk mengukuhkan kerjasama serantau dalam memerangi keganasan di Afrika Barat dan kawasan Sahel.

Perkara itu disuarakan Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sun Lei semasa mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB pada Khamis.

Sun berkata situasi semasa keselamatan dilihat semakin membimbangkan, dengan kumpulan pengganas melancarkan serangan menggunakan senjata canggih seperti dron.

Beliau menyeru Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS) untuk menggalas tanggungjawab keselamatan bersama dan mengukuhkan penyelarasan dengan mekanisme serantau lain, untuk membentuk kekuatan bersama dalam membanteras keganasan.

China juga berharap masyarakat antarabangsa dapat menyediakan lebih banyak sokongan dari segi peralatan, logistik, dan kewangan bagi membantu negara-negara serantau membina keupayaan anti-keganasan yang kukuh.

Sun menegaskan bahawa China akan terus melaksanakan komitmennya di bawah kerangka Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), termasuk pelaksanaan dasar tarif sifar bagi 100 peratus produk tersenarai dalam tarif bagi 53 negara Afrika, sebagai usaha menyokong keamanan dan pembangunan rantau tersebut.

Video

Berita Berkaitan