Seorang Maut, Sembilan Cedera Berikutan Kes-kes Tembakan di AS

(CRI)Isnin 11 Ogos 2025

Kes-kes tembakan berlaku di beberapa tempat di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan sembilan lagi cedera.

Menurut laporan media tempatan, satu insiden tembakan berlaku di Baltimore pada 9 Ogos, menyebabkan enam orang cedera termasuk seorang kanak-kanak.

Pada hari yang sama, insiden tembakan berlaku di Times Square di bandar New York, menyebabkan tiga orang cedera. Penembak terbabit telah ditahan polis.

Pada 8 Ogos, insiden tembakan berlaku di bandar Atlanta, menyebabkan seorang polis terbunuh. Penembak kemudian ditemui mati, dan punca kematian serta motif kejadian masih belum diumumkan.

Video

Berita Berkaitan