- Lain-lain
Keindahan Musim: Permulaan Musim Luruh
Hari ini menandakan Permulaan Musim Luruh, atau Liqiu, iaitu penggal pertama bagi musim luruh dalam kalendar ‘24 musim’. Ayuh ikuti Sisi untuk menerokai tanda-tanda awal kedatangan musim ini di bandar Chengde, Provinsi Hebei di utara China.
Perkataan ‘Li’ dalam Liqiu bermaksud ‘permulaan’, manakala ‘Qiu’ pula bermaksud bijiran yang matang, Selepas penggal Permulaan Musim Luruh, bahang musim panas mulai mereda, membuka laluan kepada kedinginan musim luruh nan segar, yang turut memberi tanda kepada peralihan daripada pertumbuhan kepada kematangan alam sekitar. Sejak zaman purba, penggal Permulaan Musim Luruh telah menandakan detik penting dalam masyarakat pertanian, menjadi simbol terhadap ketibaan musim menuai.
Pada waktu ini, sekiranya anda berjalan-jalan di Peranginan Gunung Chengde, anda akan dapat melihat pokok pain yang menjalar tinggi dengan daun hijau gelap berlatarbelakangkan langit biru yang cerah. Buah pain tergantung elok di dahan, dan bau getahnya yang ditiup angin pula perlahan-lahan memenuhi di ruang udara. Getah itu bukan sekadar membantu pokok bertahan pada musim sejuk kelak, tetapi juga melambangkan semangat ketukangan, yang selalu dikaitkan antara pokok pain dengan semangat yang kuat.
Liqiu menandakan kedatangan musim luruh, namun banyak tempat di China masih terasa bahang musim panas yang berbaki, yang turut dikenali sebagai Sanfu. Panas yang membahang dan tidak mengenal erti penat seperti seekor harimau ini tepat bak kata pepatah iaitu ‘Harimau Musim Luruh’ (Qiulaohu). Dalam hal ini, Liqiu lebih kepada simbol permulaan dan satu deklarasi hasrat, berbanding perubahan yang serta-merta. Seperti pepatah ada menyebut: “Musim luruh telah bermula, tetapi bahang (musim panas) masih belum pudar”.
Banyak tradisi Liqiu yang berpaksikan pemakanan, seperti ‘menambah berat badan pada musim luruh’ (Tie Qiu Biao) dan ‘menggerogot musim luruh’ (Ken Qiu). ‘Menambah berat badan pada musim luruh’ adalah dengan menikmati daging untuk mengimbangi tenaga yang hilang pada musim panas yang terik. Manakala, ‘menggerogot musim panas’ pula adalah merujuk kepada menikmati buah tembikai pada hari Liqiu. ‘Menggerogot’ adalah simbol kepada keinginan untuk menggerogot sehingga hari terakhir bahang musim panas, dan mengalu-alukan kedinginan musim luruh.
Pada sekitar waktu yang sama, Turkmenistan meraikan Pesta Melon tahunan. Orang ramai berkumpul untuk merasai dan menghidangkan tembikai dan melon yang manis dan berjus, yang juga sebagai tanda penghargaan kepada rezeki di bumi yang melimpah ruah, selain menyambut musim menuai. Mirip banyak dengan tradisi Liqiu China, pesta ini mencerminkan perkongsian hormat terhadap peralihan musim dan keinginan sejagat terhadap kesejahteraan dan kekayaan.
“Selepas hujan segar di pergunungan, musim luruh pula memenuhi segenap ruang udara petang”. Tidak kira di mana sahaja anda berada, semoga kedinginan dan keamanan di segenap penjuru menemui anda.
- Keindahan Musim: Da Shu
- Keindahan Musim: Xiaoshu
- Keindahan Musim: Solstis Musim Panas
- Keindahan Musim: Beras dalam Tandan
- Keindahan Musim: Xiaoman, Masa Apabila Bijirin Mula Berisi
- Kehidupan Masyarakat China Dalam 12 Shichen
- Keindahan Musim: Hujan Biji-bijian
- Keindahan Musim: Qingming
- Keindahan Musim: Ekuinoks Musim Bunga
- Keindahan Musim: Pembangkitan Serangga