Filipina Digesa Hentikan Provokasi di Laut China Selatan

(CRI)Selasa 12 Ogos 2025

Pulau Huangyan adalah wilayah milik China, tindakan Filipina menghantar kapal pengawal pantai, kapal kerajaan dan bot nelayan ke perairan wilayah Pulau Huangyan pada 11 Ogos adalah tindakan yang menceroboh kedaulatan China, membahayakan kestabilan di laut dan satu pencabulan yang serius.

Bahkan, pesawat tentera Filipina turut menceroboh ruang udara pulau tersebut.

Demikian ditegaskan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian sebagai respons terhadap soalan wartawan berhubung insiden di Laut China Selatan iaitu dakwaan sebuah kapal China menyerang sebuah kapal Filipina dengan meriam air berhampiran beting di kawasan yang dipertikaikan.

Mengulas lanjut, Lin berkata tindakan yang diambil China adalah munasabah dan sah mengikut undang-undang bagi mempertahankan hak dan kedaulatan wilayah negara China.

Beliau turut menyalahkan Filipina yang sengaja melakukan provokasi sehingga meningkatkan ketegangan di kawasan terbabit.

Katanya China menyeru Manila menghentikan semua provokasi dan tidak mencabar pendirian tegas China.

Video

Berita Berkaitan