- Lain-lain
Hampir 70 Negara dan Organisasi Antarabangsa Tunjuk Minat Sertai CIFTIS 2025
Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2025 dijadual berlangsung di Taman Shougang, Beijing pada 10 hingga 14 September.
Pihak penganjur turut merancang pelbagai acara sempena CIFTIS kali ini antaranya sidang kemuncak perdagangan perkhidmatan global serta forum, sesi sidang dan acara promosi.
Difahamkan, urusan tempahan bagi ruang pameran tematik dan pameran khas kini sudah hampir selesai.
Setakat ini, terdapat hampir 70 negara dan organisasi antarabangsa menunjukkan hasrat untuk menyertai pameran berprestij itu.
CIFTIS merupakan platform komprehensif bertaraf antarabangsa yang khusus untuk perdagangan perkhidmatan.
Acara berkenaan juga menjadi wadah penting bagi China untuk memperluas keterbukaan, memperdalam kerjasama dan menerajui inovasi.
Sejak pelancarannya pada 2012, sebanyak 11 edisi berjaya diadakan dengan menarik penyertaan kira-kira 1.19 juta peserta dari 198 negara dan wilayah.
- CIFTIS 2024 Bakal Diadakan di Beijing Sebulan Lagi
- Pameran "Artifak, Kreativiti, Kehidupan" Disambut Baik di CIFTIS
- Negara BRI Pamer Budaya dan Pelancongan pada CIFTIS
- CIFTIS Pimpin Industri Perdangan Perkhidmatan Global
- China Diharap Main Peranan Lebih Besar Tingkat Kerjasama Perdagangan Perkhidmatan Global
- Xi Sampai Ucaptama pada Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global CIFTIS
- Xi Bakal Berucap pada Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global CIFTIS
- Tahap Keantarabangsaan CIFTIS Lebih Tinggi
- 75 Negara Sahkan Sertai CIFTIS 2023
- CIFTIS 2023 Berlangsung di Beijing Mulai 2 September