- Lain-lain
China Tekankan Isu Perlindungan Keselamatan di Perairan Laut Merah
China menyeru supaya bersama menangani isu perlindungan keselamatan laluan pelayaran di perairan Laut Merah, di samping menggerakkan penyelesaian isu Yaman secara politik.
Demikian ditekankan Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang pada sesi terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung isu Yaman di New York pada Selasa.
Geng berkata, ketegangan di Laut Merah terus memuncak apabila Israel dan kumpulan Houthi di Yaman saling melancarkan serangan secara bertubi-tubi.
Beliau menyeru supaya masyarakat antarabangsa bersinergi menggalakkan isu Yaman diselesaikan melalui saluran politik dan situasi di Laut Merah kembali aman dan stabil dengan seawal mungkin.
China menggesa agar kumpulan Houthi menghormati hak kapal komersial pelbagai negara untuk belayar di Laut Merah mengikut undang-undang antarabangsa dan berhenti menyerang dan menganggu kapal dagang yang melalui perairan terbabit.
China juga menyeru supaya kedua-dua pihak yang berkonflik memulihkan komunikasi, bertindak sehaluan, menunjukkan keikhlasan dalam menyelesaikan perselisihan, membina konsensus untuk penyelesaian secara damai, dan melakukan usaha terbaik bagi memulihkan keamanan serantau.
Sementara itu, masyarakat antarabangsa harus meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada Yaman, menyokong Yaman dalam usaha membangunkan ekonomi, menambah baik kesejahteraan rakyat, dan membantu rakyatnya mengharungi detik sukar.
- AS dan Britain Lancar Lagi Serangan terhadap Yaman
- AS, Britain Terus Serang Sasaran Houthi di Yaman
- Perlunya Bersabar, Elak Kenekatan Tentera Melulu: Duta China
- AS, Britain Serang Sasaran Houthi di Yaman
- 23 Terbunuh dalam Pertempuran di Selatan Yaman
- Cipta Suasana Kondustif, Baiki Situasi Yaman: Duta China