- Lain-lain
Pertandingan AI+Pelancongan Budaya China-ASEAN di Shanghai, Beijing
Menyusuli kejayaan divisyen Shanghai bagi Pertandingan Aplikasi Inovasi AI+Pelancongan Budaya China-ASEAN baru-baru ini, divisyen Beijing dilancarkan secara rasmi pada 30 Julai.
Selama dua hari selepas pelancaran, sebanyak 55 projek mengambil bahagian dalam pusingan awal di Beijing. Antaranya, 21 layak ke pusingan seterusnya dan akan bertanding dengan pemenang divisyen Shanghai dan ASEAN dalam pusingan akhir di Beihai pada September nanti.
Acara ini merupakan komponen program “AI for All: China ASEAN”, menghimpunkan kebijaksanaan dan menarik penglibatan bakat melalui pertandingan.
Atas anjuran bersama Kerajaan Rakyat Perbandaran Beihai, Jabatan Budaya dan Pelancongan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Biro Pembangunan Data Raya serta Biro Hal Ehwal Eksposisi Antarabangsa Guangxi, acara dihoskan oleh Beihai Xinyi Cruise Co., Ltd. dan N-Oh Network Technology Co., Ltd.
Ia bertujuan memperdalam kerjasama digital antara China dan ASEAN, di samping mendorong transformasi dan penaiktarafan industri-industri budaya dan pelancongan tradisional dengan bantuan teknologi AI.
(Foto ihsan penganjur)
Keseluruhan pertandingan terbahagi kepada empat fasa iaitu pendaftaran, penilaian awal, pusingan awal dan pusingan akhir. Pusingan awal dibahagikan kepada tiga wilayah utama iaitu Shanghai, Beijing dan Vietnam, manakala pusingan akhir dijadualkan berlangsung di Beihai pada September.
Antara hadiah yang menanti pasukan dan projek yang terpilih sebagai cemerlang termasuk peranti dan set data pengkomputeran percuma, ruang kerja tanpa bayaran sewa di Pusat Inovasi Kecerdasan Buatan Beihai, serta penyelesaian serenti untuk pendaftaran syarikat di negara ASEAN, termasuk sokongan seluruh kitar hayat, bagi melicinkan pelaksanaan projek di rantau tersebut.
- Pertandingan Aplikasi Inovasi Kesihatan Pintar 2025 Dibuka
- Pertandingan “AI+E-Dagang Rentas Sempadan” Dibuka
- Kedai Buku di Tepi Tebing Di Guangxi Pikat Pelancong
- Bot Bertemakan Kucing Tawar Pengalaman Penuh Keseronokan Buat Pelancong di Guilin
- Pohon Cendekiawan Cina Masuki Musim Untuk Dipetik di Guangxi
- “Liga Super AI”: Mengapa Guangxi yang Teraju Usaha?
- Pertandingan “AI for All: China-ASEAN” Umum Topik Cabaran Utama
- Pertandingan “AI for All” di Guangxi Buka Penyertaan
- Robot AI Digunakan untuk Menuai
- Indahnya kesan Tyndall, hasil ‘jendela langit’ Gunung Jinzhong