- Lain-lain
China Tambah 50% Lebih Laluan Pengangkutan Kargo Udara Antarabangsa
China telah menambah sebanyak 117 laluan baharu bagi pengangkutan kargo udara di peringkat global pada separuh tahun pertama 2025, naik lebih 50 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Sementara itu, jumlah pengangkutan kargo dan pos antarabangsa meningkat 23.4 peratus, dengan mencapai 2.037 juta tan, disokong oleh perkembangan pelbagai industri terutama e-dagang rentas sempadan.
Dimaklumkan, logistik penerbangan China yang bertunjangkan pengangkutan kargo sepanjang laluan penerbangan antarabangsa yang nisbahnya semakin besar, berada dalam trend peningkatan berterusan.
Dimaklumkan lagi, setakat akhir bulan Jun, kesemua 17 buah syarikat domestik yang dilengkapi 249 buah pesawat kargo memiliki 44 peratus syer pasaran pengangkutan kargo antarabangsa, menokok 4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Selain itu, terdapat 14 perusahaan China yang tersenarai dalam ranking global 50 agensi terbaik dalam bidang pengangkutan kargo udara edisi tahun ini, iaitu bertambah 4 buah dibanding dengan tahun 2024.
- China Buka 20 Laluan Kargo Udara Antarabangsa Baharu pada Julai
- Hantaran Kargo Dikendali Rel China Catat 1.641 Bilion Tan
- Penghantaran Kargo Kereta Api Xinjiang Cecah 100 Juta Tan
- Laluan Kereta Api Kargo Biasa Baharu Hubungkan Chongqing, Asia Tengah
- Lapangan Terbang Hab Semua Kargo Pertama Asia di Hubei Buka 38 Laluan Antarabangsa
- TBC: Hantaran Kargo Rel Catat Lebih 75 Juta Tan
- Tren Kargo Khas Hantar Kereta China ke Negara Asia Tengah
- Laluan Penerbangan Kargo Urumqi-Katowice Beroperasi
- Penerbangan Pengangkutan Kargo Urumqi-Barat Daya England Beroperasi
- Import Eksport Perdagangan Kargo China Tingkat 1.2%