- Lain-lain
China Lancar Siasatan Antilambakan Terhadap Cip AS
Siasatan antilambakan yang dilaksanakan China terhadap import cip litar bersepadu analog keluaran Amerika Syarikat (AS) adalah selaras dengan undang-undang China dan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) dalam sidang media di Beijing pada Sabtu.
Baru-baru ini, kerajaan AS membuat generalisasi konsep keselamatan negara, menyalahgunakan langkah kawalan eksport dan mengamalkan bidang kuasa 'lengan panjang' dengan niat menyekat produk cip dan industri kecerdasan buatan (AI) China.
Jurucakap itu menyelar tindakan AS secara serius melanggar peraturan WTO serta menjejaskan hak dan kepentingan sah syarikat China.
Menurut beliau, siasatan antilambakan berkenaan dilancarkan atas permintaan pemain industri domestik.