Keindahan Musim: Embun Putih

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 07 September 2025

Hari ini adalah Bailu, atau dikenali sebagai Embun Putih, iaitu penggal ketiga musim luruh dalam kalendar ’24 Musim’. Ayuh ikuti Sisi ke Suzhou, di Provinsi Jiangsu, timur China, dan rasai keunikan mendalam musim luruh.

Semasa Embun Putih, kehangatan musim panas akan beransur-ansur mengundurkan diri, dan cuaca berubah menjadi lebih sejuk. Dengan perbezaan suhu yang lebih ketara antara siang dan malam, kelembapan pada udara mengeluwap menjadi titisan embun, sekali gus munculnya nama ‘Embun Putih’.

Pada zaman purba, masyarakat membahagikan 15 hari Embun Putih kepada tiga fasa. Pertama ialah ketibaan angsa liar, kedua ialah burung layang-layang pulang ke selatan dan ketiga ialah burung-burung mula menyimpan makanan. Burung hijrah sangat sensitif kepada perubahan suhu, dan masyarakat China purba mendapati bahawa menerusi Embun Putih; angsa, burung layang-layang dan spesies lain akan memulakan pengembaraan ke arah selatan bagi mencari tempat yang lebih panas, manakala banyak burung mula menyimpan makanan untuk musim sejuk.

Pada masa ini, Hemisfera Utara memasuki kemuncak penghijrahan burung. Kawasan Tasik Taihu di Suzhou, dikenali pihak antarabangsa sebagai tanah paya penting di sepanjang laluan penghijrahan Asia Timur-Australasia, sekali gus benar-benar membuktikan reputasinya sebagai ‘syurga burung hijrah’. Kawanan burung akan berterbangan menuju ke arah selatan di sepanjang laluan udara utama, menyeberangi benua untuk berehat sementara di wilayah-wilayah yang lebih hangat. Untuk melindungi ekosistem tersebut, China telah memperuntukkan Undang-undang Pemeliharaan Tanah Paya, seterusnya memperkukuh usaha pemeliharaan 82 tanah paya signifikan antarabangsa dan melindungi habitat untuk burung hijrah yang juga satu sumbangan besar buat biodiversiti global.

Adat Embun Putih kebanyakannya berkisar pada idea ‘menyubur dengan embun’, iaitu amalan yang berakar umbi dalam masyarakat agraria. Masyarakat purba percaya bahawa apabila cuaca menjadi lebih sejuk, tubuh badan akan lebih mudah terdedah kepada kekeringan, atau ‘kekeringan musim luruh’. Bagi mengatasinya, mereka akan mengambil makanan seperti longan dan cendawan tremella. Tradisi tersebut berterusan sehingga ke hari ini, yang mencerminkan simbiosis antara manusia dan alam semula jadi.

Di Provinsi Zhejiang dan Jiangsu, terdapat juga ada membru dan berkongsi ‘Wain Beras Bailu’ pada musim tersebut. Dengan kehangatan yang lunak serta sedikit kemanisan, ia membawa unsur keramahan musim luruh.

“Setakat malam ini, embun berubah menjadi putih; bulan bersinar lebih terang di kampung halaman saya”. Semoga langkah anda tidak akan terhenti, dan semoga anda menikmati musim luruh dengan semangat yang segar dan dilimpahi kegembiraan di sepanjang perjalanan!

Video

Berita Berkaitan