- Lain-lain
Deklarasi Urumqi Dikeluarkan pada Forum Pertukaran Persahabatan Ahli Parlimen Antarabangsa 2025
Deklarasi Urumqi dikeluarkan semasa Forum Pertukaran Persahabatan Ahli Parlimen Antarabangsa 2025 di Urumqi, Wilayah Autonomi Xinjiang pada Ahad.
Deklarasi tersebut menyeru pengukuhan kerjasama antarabangsa, keterangkuman dan saling hormat dalam perlaksanaan pembangunan mapan.
Manakala forum menyaksikan penyertaan lebih 60 ahli parlimen dan bekas ahli parlimen dari lima benua, serta lebih 60 perwakilan dari Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) selain wakil NPC provinsi.
Forum bertemakan "Global Partnership for Common and Sustainable Development" tersebut memberi tumpuan kepada beberapa isu utama termasuk pembangunan berkualiti tinggi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), perlindungan alam sekitar dan pembangunan hijau, autonomi etnik dan perlindungan hak asasi manusia, pemeliharaan budaya etnik minoriti serta perpaduan nasional dan pembangunan inklusif.
Forum tersebut turut mengadakan sesi dialog khas antara ahli parlimen China dan Kesatuan Eropah (EU) serta ahli-ahli parlimen dari negara-negara Selatan Global.