- Lain-lain
Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Kutuk Serangan Israel Terhadap Qatar
Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang berlangsung di Doha mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk keras serangan udara Israel ke atas Qatar.
Sidang yang dipengerusikan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, menyaksikan kehadiran ketua negara, ketua pemerintah, atau wakil dari negara-negara anggota Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam.
Kenyataan bersama tersebut menyatakan bahawa serangan Israel ke atas Qatar dilihat sebagai pencerobohan terhadap semua negara Arab dan Islam dan akan menyokong penuh segala langkah yang diambil Qatar dalam mempertahankan keselamatan, kedaulatan dan kestabilan negaranya.
Selain itu, serangan tersebut dilihat sebagai perlanggaran terhadap kedaulatan Qatar serta satu bentuk provokasi yang menggugat keamanan dan stabiliti serantau.
Kenyataan itu juga menyatakan dengan tegas menolak sebarang pembelaan terhadap pencerobohan Israel dan menolak kenyataan Israel yang mengancam untuk sekali lagi menyerang Qatar.