Teknologi Suntik Nafas Baharu Buat Warisan Budaya Tidak Ketara di Huaihua

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 16 September 2025
Teknologi Suntik Nafas Baharu Buat Warisan Budaya Tidak Ketara di Huaihua
Foto memperlihatkan bahagian dalam seni anyaman buluh di sebuah taman warisan budaya tidak ketara di Huaihua, Provinsi Hunan, tengah China. (People’s Daily Online/Huang Zhuo)

Sebuah taman warisan budaya tidak ketara yang baharu di Huaihua, Provinsi Hunan, tengah China, telah mengubah tradisi selama ribuan tahun menjadi pengalaman moden.

Fasiliti inovatif tersebut menggunakan teknologi termaju untuk memelihara dan mempamerkan warisan budaya tidak ketara tempatan. Zon digitalnya menawarkan 42 program interaktif yang menampilkan permodelan 3D, tangkap gerakan, serta demonstrasi amalan tradisional secara realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR).

Di bengkel warisan taman itu, pengunjung boleh menyertai dalam aktiviti amali termasuk pewarnaan indigo, anyaman buluh dan tembikar berbanding hanya melihat artis yang sedang menghasilkan sesuatu seni.

Taman tersebut akan ditampilkan semasa Persidangan Pembangunan Pelancongan Hunan kelima selama tiga hari mulai 16 September di Huaihua.

Pelancong melawat taman warisan budaya tidak ketara di Huaihua, Provinsi Hunan, tengah China. (People’s Daily Online/Huang Zhuo)
Foto memperlihatkan hiasan perak milik kumpulan etnik Dong di taman warisan budaya tidak ketara di Huaihua, Provinsi Hunan, tengah China. (People’s Daily Online/Huang Zhuo)
Ketukangan seni bina kayu tradisional kumpulan etnik Dong ditampilkan di taman warisan budaya tidak ketara di Huaihua, Provinsi Hunan, tengah China. (People’s Daily Online/Huang Zhuo)
Pameran broked Dong dipaparkan di taman warisan budaya tidak ketara di Huaihua, Provinsi Hunan, tengah China. (People’s Daily Online/Huang Zhuo)
Pelancong menerokai taman warisan budaya tidak ketara di Huaihua, Provinsi Hunan, tengah China. (People’s Daily Online/Huang Zhuo)
Seorang pelancong melawat taman warisan budaya tidak ketara di Huaihua, Provinsi Hunan, tengah China. (Foto oleh Xu Jiayi)
Topi anyaman buluh dipamerkan di taman warisan budaya tidak ketara di Huaihua, Provinsi Hunan, tengah China. (Foto oleh Xu Jiayi)

Video