- Lain-lain
China Bantah Keras Serangan Israel ke Atas Qatar
Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) telah mengadakan perbahasan kecemasan mengenai serangan Israel ke atas Qatar pada Selasa, atas permintaan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Wakil tetap China ke Pejabat PBB di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu hadir dan menyampaikan ucapan dalam sesi tersebut.
Chen berkata, serangan Israel ke atas Qatar merupakan tindakan terbuka yang mencabuli kedaulatan wilayah dan keselamatan negara Qatar, melanggar undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB, serta menjejaskan usaha mencapai keamanan, justeru itu, China membantah dan mengecam tindakan tersebut.
Qatar merupakan pengantara penting dalam rundingan gencatan senjata di Gaza, sehubungan itu, tindakan Israel dianggap sebagai satu bentuk sabotaj yang sengaja dilakukan terhadap rundingan gencatan senjata.
Chen menekankan bahawa penyalahgunaan kekuatan tentera bukan penyelesaian masalah.
China menyeru semua pihak terutamanya Israel agar melakukan usaha positif dalam menghentikan pertempuran dan mengadakan semula rundingan, di samping mematuhi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan, serta menghormati hak hidup penduduk negara jiran.
China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memainkan peranan konstruktif dalam mendorong gencatan senjata dan meredakan ketegangan serantau.