- Lain-lain
Setiausaha Agung PBB Puji Inisiatif Global China, Selaras Piagam PBB
(CRI)Rabu 17 September 2025
Siri inisiatif global yang dikemukakan China sejajar dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ujar Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada Selasa.
Beliau berkata siri inisiatif tersebut menghormati prinsip multilateralisme, menyokong kedudukan teras PBB sebagai pertubuhan pelbagai hala, dan mempergiat kerjasama antarabangsa bagi menyelesaikan konflik secara damai.
Guterres memaklumkan, Minggu Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung PBB ke-80 yang dijadualkan minggu depan akan menyediakan peluang penting untuk dialog dan usaha perdamaian.
Beliau memaklumkan, seramai 150 pemimpin negara dan kerajaan akan menghadiri aktiviti tersebut.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang