Lebih 3,200 Syarikat Sertai CAEXPO ke-22 di Nanning

(CRI)Rabu 17 September 2025

Lebih 3,200 syarikat dari 60 buah negara akan mengambil bahagian dalam Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 yang akan berlangsung dari 17 hingga 21 September di Nanning, wilayah Guangxi.

Pada sesi taklimat CAEXPO yang diadakan pada Selasa memaklumkan ekspo tersebut meliputi ruang pameran seluas 160,000 meter persegi, dengan ruang pameran utama berada di bandar Nanning, manakala kawasan pameran pelancongan berada di bandar Guilin, bagi mempamerkan pencapaian terbaharu yang dilakar menerusi kerjasama antara China dan negara-negara ASEAN.

Ruang pameran utama akan menampilkan pavilion baharu termasuk Kecerdasan Buatan (AI), Kuasa Produktif Kualiti Baharu, Ekonomi Biru dan Produk Premium untuk Eksport.

Ruang pameran antarabangsa bertemakan "Inisiatif Jalur dan Laluan" turut disediakan, menyaksikan penyertaan 33 buah negara seperti Pakistan, Korea Selatan dan lain-lain.

Pelbagai aktiviti promosi perdagangan dan pelaburan akan diadakan yang memberi tumpuan kepada kemudahan perdagangan dan pelaburan, integrasi ekonomi serantau, kerjasama rantaian pengeluaran dan pembekalan, keterbukaan dari segi institusi secara mendalam dan lain-lain.

Video

Berita Berkaitan