- Lain-lain
13 Maut, Feri Bawa Lebih 300 Penumpang Tenggelam di Filipina
(CRI)Isnin 26 Januari 2026
Sekurang-kurangnya 13 mayat ditemukan, manakala lebih 100 lagi masih hilang dalam kejadian melibatkan sebuah feri yang membawa lebih 300 penumpang tenggelam di perairan berhampiran Basilan, selatan Filipina pada awal pagi Isnin.
Sementara itu lebih 200 orang berjaya diselamatkan dalam insiden tersebut.
Menurut laporan media tempatan yang memetik Pengawal Pantai Filipina, feri tersebut dalam perjalanan dari Zamboanga City menuju ke Pulau Jolo di wilayah Sulu.
Operasi mencari dan menyelamat kini giat dijalankan, dengan pihak berkuasa mengerahkan aset laut dan udara bagi mengesan mangsa yang hilang.
Jumlah sebenar mangsa yang terselamat masih dalam proses pengesahan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




