CCG Terus Bantu Cari Anak Kapal Filipina

(CRI)Sabtu 24 Januari 2026

Pengawal Pantai China (CCG) meneruskan operasi mencari dan menyelamat anak kapal yang terjatuh ke dalam laut selepas sebuah kapal kargo asing terbalik di perairan berhampiran Pulau Huangyan China pada Jumaat.

Setakat ini, terdapat empat anak kapal yang masih belum ditemui.

Terdahulu, sebuah kapal kargo asing yang membawa 21 kru dalam perjalanan dari Filipina ke provinsi Guangdong, selatan China dilaporkan terbalik di perairan kira-kira 55 batu nautika di barat laut Pulau Huangyan China sekitar pukul 9.30 malam, Khamis.

Video

Berita Berkaitan