- Lain-lain
Naib Presiden China Terima Kunjungan Setiausaha Agung OIC

Hubungan antara China dengan negara-negara Islam mempunyai sejarah panjang dan saling berinteraksi serta belajar antara satu sama lain.
Perkara itu dinyatakan Naib Presiden China, Han Zheng semasa menerima kunjungan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hussein Ibrahim Taha di Beijing pada Isnin.
Ujarnya, OIC merupakan jambatan penting bagi China mengembangkan hubungan dengan negara-negara Islam.
Han juga berkata pentadbiran Beijing memuji OIC serta peranan yang dimainkan Setiausaha Agung pertubuhan itu yang mementingkan hubungan dengan China.
Beliau berharap negara-negara Islam terus memberi sokongan teguh kepada China dalam isu-isu melibatkan kepentingan teras negara ini, termasuk perihal Taiwan dan Xinjiang.
Pada pertemuan berkenaan, Taha menyatakan bahawa OIC amat menghargai perhatian tinggi yang dipamerkan Presiden Xi Jinping dalam memperkukuhkan persahabatan antara OIC dengan China.
Menurut beliau, pembangunan China telah menjadi contoh teladan kepada negara-negara Selatan Global selain OIC bersedia memperdalam kerjasama menyeluruh dan pragmatik dengan China, serta akan terus memberikan sokongan teguh kepada China dalam perihal Taiwan dan Xinjiang.




