OIC Iktiraf Usaha China Lindungi Komuniti Muslim

(CRI)Rabu 25 Jun 2025

Mesyuarat Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) baru-baru ini memberikan respon positif mengenai perkembangan hubungan antara China dan OIC.

Mengulas mengenai perkara tersebut, jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun berkata ini merupakan kali keenam, resolusi Mesyuarat Menteri Luar OIC memasukkan teks yang bersifat mesra terhadap China, dan China katanya amat menghargai perkara tersebut.

Guo berkata, Mesyuarat ke-51 Majlis Menteri Luar OIC yang diadakan pada 21 dan 22 Jun lalu telah mengiktiraf usaha China dalam melindungi komuniti Muslim, menghargai perkembangan menyeluruh hubungan antara China dan negara-negara Islam, serta menzahirkan harapan agar kerjasama antara OIC dan China dapat diperkukuhkan pada masa hadapan.

Tambahnya lagi, pada beberapa tahun kebelakangan ini, China dan negara-negara Islam serta OIC terus memperdalam kepercayaan, memperluas kerjasama pelbagai bidang, meningkatkan interaksi tamadun sehingga mencapai hasil yang signifikan.

Guo mendedahkan bahawa OIC dan perwakilan negara anggotanya telah berkali-kali mengunjungi China termasuk wilayah Xinjiang untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan tentang dasar keagamaan China dan pembangunan serta pembinaan wilayah Xinjiang dan mereka telah memberikan penilaian yang positif.

Guo berkata, China akan terus berusaha bersama-sama dengan negara-negara Islam dan OIC untuk mendorong kemajuan berterusan hubungan kedua-dua pihak.

Video

Berita Berkaitan