Keuntungan Perusahaan Industri Berskala Besar China Hampiri RMB7.4 Trilion pada 2025

(CRI)Selasa 27 Januari 2026

Jumlah keuntungan perusahaan industri berskala besar China pada tahun 2025 mencecah RMB7.398 trilion yuan (RM4.2 trilion), meningkat 0.6 peratus berbanding tahun 2024, menurut data terkini Biro Statistik Negara China yang dikeluarkan pada Selasa.

Antaranya, jumlah keuntungan perusahaan pegangan milik negara mencatat RMB2.056 trilion (RM 1.169 trilion), bagaimanapun menurun 3.9 peratus berbanding tahun 2024.

Jumlah keuntungan yang diperoleh perusahaan berasaskan saham mencecah RMB5.54 trilion (RM3.15 trilion), susut 0.1 peratus; perusahaan pelaburan asing serta pelaburan dari Hong Kong, Macau dan Taiwan pula mencatat RMB1.74 trilion (RM 989 bilion ), naik 4.2 peratus.

Manakala perusahaan swasta mencatat RMB2.28 trilion (RM1.3 trilion), kekal tidak berubah berbanding tahun lalu.

Video

Berita Berkaitan