Tahun Baharu, Peluang Baharu

(CRI)Sabtu 13 Disember 2025

Berkongsi pandangan mengenai Persidangan Kerja Ekonomi Pusat yang berlangsung di Beijing baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Yayasan Kerjasama Amerika-China, John Milligan-Whyte berpendapat bahawa taktala ekonomi global berdepan prospek yang tidak menentu, China mengatur dasar yang lebih proaktif dan mapan untuk memastikan pertumbuhan domestik sekali gus menyumbang kepada perkembangan ekonomi dunia.

Persidangan kali ini memperincikan keutamaan kerja ekonomi tahun hadapan iaitu 'mengekalkan kemampanan sambil mengejar kemajuan serta mempertingkat kualiti dan kecekapan'. Padsa masa sama, kerajaan akan terus memberi penekanan kepada pelaksanaan dasar fiskal yang lebih proaktif dan dasar monetari yang sederhana longgar.

Pelbagai langkah yang diatur sempena persidangan berkenaan memperlihatkan tumpuan utama kerajaan China dalam menjana potensi permintaan domestik, yang diyakini dapat menawarkan peluang besar kepada dunia.

Bagi tahun hadapan, China akan memantapkan keterbukaan secara keinstitusian, mengambil inisiatif untuk memperluas keterbukaan dalam sektor perkhidmatan, mengoptimumkan susun atur zon rintis perdagangan bebas dan memajukan pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.

Ekonomi China dilihat kekal berdaya tahan dengan trend perkembangan dalam jangka panjang kekal tidak berubah, membolehkannya mampu mencatat permulaan yang kukuh bagi Rancangan Lima Tahun ke-15 (FYP-15) pada tahun 2026.

Video

Berita Berkaitan