- Lain-lain
China Gesa Jepun Hentikan Semua Cubaan Berkaitan Taiwan

Jepun tidak layak dan tidak mempunyai sebarang hak untuk campur tangan dalam urusan Taiwan sama ada dari sudut sejarah mahupun perundangan.
Demikian ditegaskan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media di Beijing pada Selasa, sekaligus menolak keras kenyataan Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi berhubung Taiwan.
Beliau juga menggesa Jepun mematuhi semangat empat dokumen politik China-Jepun serta komitmen politik yang telah dibuat, selain merenung secara serius dan membetulkan kesalahan, serta menghentikan manipulasi dan tindakan melulu berkaitan Taiwan.
Menurut sumber, Perdana Menteri Jepun Takaichi menyatakan bahawa sebarang krisis yang berlaku di Selatan Taiwan akan menyebabkan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun mengambil tindakan bersama untuk menyelamatkan warganegara mereka di Taiwan.
Tambah beliau, dalam keadaan ini, Jepun tidak akan meninggalkan AS selaku rakan sekutunya selama ini.
Sebagai menjawab dakwaan tersebut, Guo telah merujuk perjanjian politik yang mesti dipatuhi dan kewajiban undang-undang Jepun mengenai perihal Taiwan yang terkandung dalam Perisytiharan Bersama China-Jepun dan Perjanjian Damai dan Persahabatan China-Jepun.
Guo menegaskan lagi bahawa kenyataan Jepun tersebut sekali lagi mendedahkan niat sayap kanan negara itu yang mahu mencabar orde antarabangsa pasca perang.
Ini sudah menjadi ancaman serius terhadap kedamaian dan kestabilan serantau serta asas politik hubungan China-Jepun, yang mesti diawasi dan ditentang tegas oleh masyarakat antarabangsa.
- China Gesa Jepun Betulkan Kenyataan Salah Mengenai Taiwan
- PM Jepun Umum Bubar Dewan Perwakilan Jumaat Ini
- Dunia Digesa Cegah Kebangkitan Semula Militarisme Jepun
- Tiga Soalan untuk Jepun: Membuka Topeng “Negara Pasifis”
- China Pertahan Kawalan Eksport Item Dwi-guna, Tolak Tuduhan Jepun
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Kerajaan Percepat Pengembangan Ketenteraan
- China Memperketat Kawalan Eksport Barang Dwiguna ke Jepun Adalah Wajar, Munasabah dan Sah
- China Tidak Benarkan Militarisme Jepun Bangkit Semula
- Suara Senada Patuhi Prinsip Satu China
- Latihan 'Misi Keadilan 2025' Sah, Wajar




