- Lain-lain
China Gesa Jepun Betulkan Kenyataan Salah Mengenai Taiwan
Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong pada Isnin menggesa Jepun supaya melakukan refleksi dan membetulkan kenyataan salah yang dibuat Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi berhubung Taiwan.
Berucap pada perbahasan terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai kedaulatan undang-undang antarabangsa, Fu Cong berkata Takaichi secara terbuka mengaitkan Taiwan dengan "krisis kelangsungan hidup" Jepun, sekaligus menghantar isyarat salah mengenai kemungkinan campur tangan ketenteraan selain enggan menarik balik kenyataan salah berhubung Taiwan.
Fu menegaskan bahawa kenyataan Takaichi itu merupakan campur tangan terang-terangan dalam urusan dalam China, pengkhianatan terhadap kewajipan antarabangsa yang perlu dipatuhi Jepun sebagai negara yang kalah dalam perang selain mencabar orde antarabangsa berasaskan undang-undang antarabangsa, serta melanggar tujuan dan prinsip Piagam PBB.
China menuntut Jepun untuk menerima fakta sejarah, merenung serta membetulkan kesalahan dan memberi penjelasan secara bertanggungjawab kepada masyarakat antarabangsa.
- PM Jepun Bubar Dewan Perwakilan
- PM Jepun Umum Bubar Dewan Perwakilan Jumaat Ini
- Tiga Soalan untuk Jepun: Membuka Topeng “Negara Pasifis”
- China Pertahan Kawalan Eksport Item Dwi-guna, Tolak Tuduhan Jepun
- Kumpulan Wanita Filipina Tuntut Kerajaan Jepun Aku Salah
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Kerajaan Percepat Pengembangan Ketenteraan
- Suara Senada Patuhi Prinsip Satu China
- Latihan 'Misi Keadilan 2025' Sah, Wajar
- Bayaran untuk Kos "Perlindungan"
- PLA Lakukan Latihan Tembakan Peluru Hidup di Perairan Utara Taiwan




