Xi Ucap Tahniah atas Kejayaan Pelancaran Satelit Yaogan-3 Algeria di China

(CRI)Sabtu 31 Januari 2026

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya Algeria, Abdelmadjid Tebboune telah bertukar ucapan tahniah atas kejayaan pelancaran Satelit Yaogan-3 di Jiuquan, China pagi tadi.

Menurut Xi, projek Satelit Yaogan-3 Algeria adalah satu lagi kerjasama yang berjaya antara China dengan Algeria dalam bidang aeroangkasa selepas Satelit Telekomunikasi No. 1 Algeria, dan juga bukti penting yang mencerminkan perkongsian strategik komprehensif China-Algeria.

Xi berkata, pihaknya mengambil berat terhadap pembangunan hubungan dengan Algeria dan bersedia berusaha bersama-sama Presiden Tebboune untuk terus menambah elemen baharu ke dalam perkongsian strategik komprehensif demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Abdelmadjid Tebboune pula menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai dalam pelancaran Satelit Yaogan-3 merupakan satu lagi pencapaian yang substantif dalam kerjasama aeroangkasa kedua-dua negara, dan juga satu perkara yang signifikan dalam proses pembangunan hubungan dua hala yang kondusif bagi penerokaan prospek kerjasama kedua-dua pihak.

Algeria bersedia bersama-sama dengan China untuk terus memperincikan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan