Pameran Udara Singapura Ke-10 Dirasmikan

(CRI)Selasa 03 Februari 2026

Pameran Udara Singapura ke-10 secara rasmi membuka tirainya di Pusat Pameran Changi, Singapura pada Selasa.

Pameran dwitahunan itu akan dibuka kepada pelawat profesional bermula hari ini sehingga 6 Februari, manakala sesi kepada orang awam pula pada 7 hingga 8 Februari.

Menurut pihak penganjur, Pasukan Aerobatik Bayi (1 Ogos) Tentera Udara China akan mengadakan beberapa pertunjukan udara pada pameran kali ini.

Berdasarkan portal rasmi Pameran Udara Singapura, pesawat C909 dan C919 keluaran Syarikat Pesawat Komersial China (COMAC) akan dipamerkan secara statik.

Sebelum ini, dua pesawat C919 dan tiga pesawat ARJ21 yang dihasilkan COMAC dipamerkan buat kali pertama dalam Pameran Udara Singapura 2024, mempertunjukkan pencapaian peringkat pembangunan pesawat komersial China.

Video

Berita Berkaitan