- Lain-lain
Xi Ucap Selamat TBC 2026 kepada Rakyat Seluruh Negara
Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan selamat Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 kepada rakyat pelbagai etnik, saudara setanah air dari Hong Kong, Macau dan Taiwan, serta diaspora dan keturunan Cina di seluruh dunia pada Selasa.

Xi berkata demikian semasa menziarahi kader yang bertugas di peringkat akar umbi dan penduduk awam di Beijing di ambang perayaan TBC 2026.
Ketika menjejak kaki ke daerah Xicheng, Xi memilih mendatangi satu kantin untuk golongan warga emas di Blok Jalan Xinjiekou yang terkenal dengan perkhidmatan jagaan warga emas. Setelah membuat tinjauan terhadap hidangan, harga dan persekitaran kantin berkenaan, Xi bertanya dengan teliti mengenai setiap perincian dalam perkhidmatan kantin itu.
Seterusnya dalam sesi temu mesra dengan sekumpulan penghantar kurier yang sedang berehat di situ, Xi bertanya mengenai kerja dan kehidupan mereka dan menyatakan penghargaan terhadap usaha dan sumbangan yang mereka berikan.

Kemudian di satu apartmen yang didiami warga emas, Xi mendapatkan maklumat terperinci mengenai pelbagai perkhidmatan yang tersedia untuk golongan itu seperti pemeriksaan kesihatan, latihan rehabilisasi, penjagaan harian dan sebagainya, dan mengucapkan harapan agar para warga emas sihat, panjang umur dan selamat menyambut TBC 2026.

Akhirnya ketika menjejak kaki ke satu pasar sementara yang riuh rendah yang dibuka khususnya untuk sambutan TBC 2026 di kawasan komersial Longfusi di daerah Dongcheng, Xi kelihatan terpikat dengan pelbagai gerai yang menjual barangan hari raya, dan berbual dengan rakyat yang berada di sekitarnya dalam suasana santai. Beliau juga tidak lupa mengambil peluang itu mengucapkan 'Selamat TBC 2026" dan memberi doa-doa kepada penduduk Beijing, malah rakyat di seluruh negara.
- Setiausaha Agung PBB Ucap Selamat TBC
- Hiasan Perayaan Meriahkan Suasana TBC di Makau
- Jamin Keselamatan Rel dalam Musim Pengangkutan Sempena TBC
- Persiapan TBC Rancak di Merata China
- “Bazar Dalam Tren” Meriahkan Lagi Puncak Perjalanan TBC di Heilongjiang
- Foto: Hainan Sambut Musim Perjalanan TBC Pertama Sejak Bermulanya Operasi Kastam Khas FTP
- Suasana TBC Tiba di Kampung Mojiaqiao, Hangzhou
- Kedutaan China di AS Anjur Aktiviti Sambutan TBC
- Kemuncak Perjalanan TBC di China Bermula
- Pameran Bertemakan Tahun Kuda Buka Tirai di Beijing




