- Lain-lain
Kedaulatan Undang-undang di Hong Kong Tak Boleh Digugat: MFA

Hal ehwal Hong Kong merupakan urusan dalaman China. Kedaulatan undang-undang di Hong Kong tidak boleh digugat dan tiada negara asing berhak membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
Pendirian itu ditegaskan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian susulan Amerika Syarikat (AS), Britain, Australia dan Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan kenyataan berhubung kebimbangan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) yang menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Jimmy Lai Chee-ying.
Lin berkata China telah mengemukakan bantahan keras terhadap tindakan sesetengah negara dan institusi yang menggunakan kes kehakiman di Hong Kong bagi tujuan memburuk-burukkan imej wilayah tersebut dan kedaulatan undang-undangnya serta mencampuri urusan dalaman China.
Tegasnya, keputusan kes membabitkan Lai adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan.




