- Lain-lain
Menteri Luar China dan Hungary Adakan Rundingan

China dan Hungary sebagai teladan dalam hubungan antarabangsa model baharu, sentiasa saling menghormati, memberikan layanan sama rata antara satu sama lain, menjunjung prinsip saling menguntungkan dan sama menang, dan telah berjaya membina perkongsian strategik komprehensif sepanjang masa untuk era baharu.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata sedemikian ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Hungary, Trade Peter Szijjarto di Budapest pada Rabu.
Wang menyatakan bahawa kedua-dua pihak diharap memperluas kerjasama dalam bidang-bidang babaru termasuk kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan sumber tenaga alternatif, untuk menyokong transformasi dan penaiktarafan perindustrian di negara masing-masing.
Menurut Wang, kerajaan China menyokong sektor korporat domestik melabur di Hungary, dan percaya Hungary mampu menyediakan layanan dan padanan perniagaan yang lebih baik dan sokongan yang lebih banyak dari segi dasar. Serentak itu, kawan-kawan Hungary dialu-alukan melakukan kunjungan ke China dengan memanfaatkan dasar bebas visa, untuk mendapat pendedahan secara langsung tentang pembangunan, kemajuan dan keterangkuman di negara Timur yang berkuasa besar ini.
Wang menambah bahawa sejak penubuhan hubungan diplomatik pada 50 tahun yang lalu, China dan Kesatuan Eropah telah mencapai hasil yang melimpah dalam kerjasama bilateral, yang dilihat sebagai buktik jelas bahawa China adalah rakan dan bukannya lawan dalam persaingan, sedangkan pembangunan China adalah peluang yang boleh dimanfaatkan dan bukannya risiko yang berpotensi. Huangari diharap terus dengan aktif mendorong kerjasama antara China dengan negara Eropah Tengah dan Eropah Timur serta perkembangan hubungan China-Eropah.

Dalam pertemuan itu Szijjarto pula menyatakan bahawa Hungary amat bangga dengan keanggotaannya sebagai negara Eropah yang paling awal menlibatkan diri dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembangunan bersama. Beliau yakin laluan kereta api Hungary-Serbia yang bakal beroperasi, akan menyumbang kepada peningkatan kesalinghubungan serantau.
Szijjarto menyatakan bahawa Hungary menyokong Inisiatif Tadbir Urus Global yang disarankan Presiden Xi Jinping, bersedia meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan China dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan akan terus berusaha mendorong hubungan Eropah-China berkembang dengan sihat.
- Wang Yi Lawat Hungary, Hadir MSC ke-62 di Jerman
- Zhao Leji Lawat Hungary, Perkukuh Kerjasama BRI
- Chen Wenqing akan Lawat Rusia dan Hungary
- Xi Ditemui PM Hungary
- Xi Ditemui PM Hungary
- Hungary Hargai BRI, Dukung Kolaborasi dan Kesalinghubungan
- China, Hungary Perincikan Kerjasama Melalui Peningkatan Tahap Perkongsian
- Hubungan China, Hungary Ditingkatkan ke Tahap Baharu
- Peng Liyuan Lawat Istana Buda
- Terokai Sekolah Dwibahasa Hungary-Mandarin di Budapest




