- Lain-lain
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Beberapa tahun kebelakangan ini, budaya ais dan salji semakin mendalam pengaruhnya, manakala industrinya berkembang dengan stabil, mencetuskan satu “ledakan ais dan salji” di merata negara China. Dengan memanfaatkan dua elemen ini sebagai jambatan, wilayah-wilayah yang berkenaan telah menggalakkan integrasi budaya dan pelancongan, memacu penaiktarafan perindustrian, dan melakar haluan yang tersendiri bagi pembangunan ekonomi ais dan salji.
“Sumber-sumber iklim dingin” terus-menerus menjana “kesan yang hangat”. Di provinsi Heilongjiang, timur laut China, daripada Jamuan Laman Tanglung Ais di Taman Zhaolin Harbin pada 1963, hinggalah pembinaan Dunia Ais dan Salji Harbin, serta peralihan Pekan Salji ke arah ekopelancongan, budaya ais dan salji telah diwarisi dari generasi ke generasi, diberikan sentuhan inovasi dengan setiap langkah, dan digiatkan semula tanpa henti.
Arca orang salji gergasi karya pereka jati Harbin Li Qiushi telah menjadi sensasi baru di Internet; Chen Feiyue, seorang pelajar ukir salji muda, menyampaikan semangat romantik timur laut China menerusi ketukangannya; dan Zhang Wei, dulu seorang pekerja sektor perhutanan, telah menemui cara hidup baharu yang berpaksikan pelancongan ais dan salji di Pekan Salji. Yang dahulunya cumalah timbunan salji yang sejuk dan tebal, kini sebuah enjin baharu yang menjana pertumbuhan pekerjaan dan pendapatan.
Ais dan salji juga aset yang berharga. Kemajuan ekonomi ais dan salji mencerminkan aspirasi Presiden China Xi Jinping terhadap sektor tersebut. Ais dan salji bukan sahaja menghubungkan seni dan industri, tetapi juga memupuk ikatan antara China dan seluruh dunia. Semakin ramai pelawat dari dalam dan luar negeri datang ke timur laut China, terutamanya Heilongjiang, untuk menghayati salji, menikmati aktiviti musim sejuk, dan mengasyikkan diri dengan pengalaman ais dan salji yang unik – sekali gus merasai keramahan dan keinklusifan tempat ini.
Di tanah hitam ini, terhimpunnya daya yang kuat di celah-celah ais dan salji, mengundang masa depan yang dilimpahi semangat dan harapan.
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
"Michael One Shots Chaozhou": Edisi khas Tales of Cities
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
Tales of Cities | Daripada Dentangan Besi Hingga Ritma Lagu, Tiexi Memalu Nadi Kelahiran Semula
- Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
- Pemandangan Rime di Taman Hutan Qixingshan, Heilongjiang
- Pemandangan Rime di Gunung Hengshan, Hunan
- Panorama Sungai Kuning Beku Semasa Gelombang Sejuk
- Pemandangan Pekan Salji Xuexiang dari Udara dalam 30 Saat
- Ais dan Salji Ibarat Emas dan Perak
- Kilauan Tanglung Ais Terangi Malam Harbin
- Utara China Destinasi Pilihan Pelancong Asia Tenggara
- Pemandangan Cantik Memukau Tarik Pelancong ke Pekan Salji
- Peminat Sukan Ais Berkumpul di Harbin