- Lain-lain
Utara China Destinasi Pilihan Pelancong Asia Tenggara
![]() |
| Pelancong asing dan kakitangan bergambar di dalam K7041, kereta api bertemakan budaya rakyat utara China, di provinsi Heilongjiang, timur laut China, 19 Januari 2026. |
Walau bagaimana sejuk sekalipun Central Street di Harbin, pelancong dari Thailand Nattapong Somchai dengan gembiranya merasa aiskrim keluaran tempatan.
“Ini benar-benar mengagumkan,” ujarnya. “Bukan saja ada arca ais yang sangat halus buatannya, tetapi juga seni bina ala Eropah dan masakan Barat. Paduan tarikan Timur dan Barat ini betul-betul menawan.”
Pelancong dari Thailand, Vietnam dan Malaysia sedang berkerumun ke Harbin. Sebuah agensi pelancongan tempatan dilaporkan telah menerima lebih 3,000 pelancong Thailand, dengan permintaan hebat untuk penerbangan terus dari Bangkok.
Han Yuanjun dari Akademi Pelancongan China menyatakan bahawa iklim Asia Tenggara yang panas faktor yang menarik pelancong dari sana mencari pengalaman bermain ais dan salji di timur laut China. Pada 1 Januari sahaja, lebih 3,000 pelancong Vietnam masuk ke China melalui Hekou di Yunnan.
“Vietnam jarang turun salji. Ramai yang teruja untuk melihat salji di China,” kata Nong Thuy Duong, seorang pemandu pelancong.
Ekonomi ais dan salji China tumbuh daripada 364.7 bilion yuan pada 2016 kepada 980 bilion yuan pada 2024. Aktiviti-aktiviti promosi telah mendorong kedatangan pelancong dari Asia Tenggara ke destinasi seperti Harbin, Jilin dan Sichuan.
Profesor Tang Chengcai dari Sekolah Sains Pelancongan Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing berkata, perkembangan ini mencerminkan integrasi yang mendalam dengan pasaran pelancongan global. Dasar bebas visa juga banyak membantu.
“Dahulu perlu belanja banyak untuk mendapatkan visa, tetapi sekarang sudah sangat mudah,” kata Yanti, pelancong dari Singapura.
Pelancong kini mencari pengalaman budaya yang lebih mendalam. Di Taman Zhaolin Harbin, tuan rumah kepada jamuan laman tanglung ais yang bersejarah enam dekad, pelancong Thailand Siriporn Wannarat bersyukur dapat masuk percuma, kerana polisi itu membolehkan dia “merasai denyutan nadi bandar”.
Kemasukan pelancong dengan banyaknya turut membawa kepada penaiktarafan perkhidmatan. Lapangan terbang kini menawarkan khidmat bantuan bayaran, di samping laluan-laluan baharu. Pelabuhan di Heilongjiang pula menempatkan kakitangan penutur dwibahasa. Pada awal Januari, aliran penumpang di pelabuhan-pelabuhan peringkat provinsi naik 37% tahun ke tahun.
“Saya sangat suka Pekan Salji. Tempat ini amat indah,” kata seorang pelancong dari Vietnam, sambil memuji terjemahan Inggeris yang banyak membantu.
Pakar mencadangkan langkah lanjut diambil, seperti menyediakan makanan yang memenuhi cita rasa orang Asia Tenggara serta meluaskan lagi senario penggunaan ais dan salji.
![]() |
| Pelancong asing menaiki K7041, kereta api bertemakan budaya rakyat utara China, di provinsi Heilongjiang, timur laut China, 19 Januari 2026. |
![]() |
| Seorang pelancong dari Malaysia (kiri) mencuba teknik melukis etnik Elunchun di dalam K7041, kereta api yang bertemakan budaya rakyat utara China, di provinsi Heilongjiang, timur laut China, 19 Januari 2026. |
![]() |
| Pelancong asing bergambar di dalam K7041, kereta api bertemakan budaya rakyat utara China, di provinsi Heilongjiang, timur laut China, 19 Januari 2026. |
![]() |
| Pelancong asing bermain kereta luncur salji di dalam K7041, kereta api bertemakan budaya rakyat utara China, di provinsi Heilongjiang, timur laut China, 19 Januari 2026. |
- Pemandangan Cantik Memukau Tarik Pelancong ke Pekan Salji
- Pabila Salji Jadi Lombong Emas
- Pesta Ais dan Salji Nadam ke-21 Buka Tirai
- Ekonomi Ais-salji China 2025 Dijangka Bernilai RMB1 Trilion
- Ekonomi Ais dan Salji Hangat di China, Musim Ski Bermula Kuat
- Tinjauan CGTN: Ekonomi Ais dan Salji Jadi Pemacu Baharu Ekonomi China
- Perkembangan Pesat Industri Ais dan Salji Cipta Peluang Pekerjaan Baharu di China
- Dunia Ais dan Salji Harbin ke-26 Dirasmikan
- Ekonomi Ais dan Salji China Tumbuh Pesat
- Ekonomi Ais, Salji China Pamer Momentum Cemerlang









