- Lain-lain
China Capai Kemajuan Baharu dalam Komunikasi Optik dan 6G

Baru-baru ini, saintis China telah mencapai kemajuan besar dalam bidang komunikasi optik dan 6G. Sehubungan itu, China menjadi negara pertama di dunia yang merealisasikan penyepaduan rangkaian rentas sistem komunikasi gentian optik dan wayarles.
Pada masa yang sama, satu rekod baharu tentang kadar penghantaran data tercatat dalam "Sistem Komunikasi Penyepaduan Gentian Optik-Wayarles" yang merupakan produk tempatan China.
Pencapaian China dalam bidang penyelidikan ini telah diterbitkan secara maya dalam Nature pada awal pagi semalam.
Pengarang tesis berkenaan yang juga Naib Dekan Sekolah Elektronik Universiti Peking, Wang Xingjun menyatakan bahawa sistem baharu ini mempunyai potensi yang besar dalam premis aplikasi yang pelbagai seperti stesen pangkalan 6G dan pusat data wayarles, dan dijangka boleh menjadi asas penyelidikan untuk generasi seterusnya dalam bidang komunikasi penyepaduan gentian optik-wayarles jalur lebar ultra.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda