China akan Hantar Utusan Khas ke Timur Tengah Dorong Perdamaian

(CRI)Khamis 05 Mac 2026

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan panggilan telefon dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan pada Rabu.

Dalam perbualan telefon tersebut, Wang Yi menegaskan semula pendirian prinsip China mengenai situasi di Iran pada masa ini.

Beliau berkata peluasan peperangan tidak sesuai dengan kepentingan mana-mana pihak, sebaliknya rakyat yang menjadi mangsa.

Ujarnya China menyokong usaha UAE dalam mempertahankan keselamatan negara, serta menyokong usaha negara-negara di rantau itu menyelesaikan pertikaian melalui saluran diplomatik.

Kata Wang Yi lagi, China akan terus mendorong usaha perdamaian serta memainkan peranan yang konstruktif dalam hal ini.

Selain itu, China akan menghantar utusan khas bagi isu Timur Tengah untuk berkunjung ke rantau tersebut bagi menggalakkan keamanan dan kestabilan.

Sementara itu, Abdullah menyatakan penghargaan terhadap China yang konsisten dalam mempertahankan pendirian objektif dan adil.

Beliau pada masa sama berharap agar China dapat terus memainkan peranan penting dalam meredakan ketegangan dan mengelakkan keadaan di rantau itu daripada terus meruncing.

Video

Berita Berkaitan