- Lain-lain
Kestabilan Dikecapi China Manfaatkan Semua

Menteri Luar China Wang Yi memberi penjelasan lanjut berhubung dasar luar negara Tembok Besar pada sesi taklimat media sempena sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada Ahad.
Menurut beliau, selaku kuasa besar yang bertanggungjawab, China sentiasa konsisten dalam pendiriannya mengenai kepentingan memelihara status teras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mempertahankan hasil kemenangan Perang Dunia Kedua serta mewujudkan dunia multipolar yang adil dan teratur.
Wang turut mengambil peluang tersebut untuk memperincikan konotasi globalisasi ekonomi inklusif demi manfaat semua yang diketengahkan Presiden Xi Jinping, sekali gus memaparkan komitmen China untuk memperkasa keterbukaan dan mewujudkan situasi sama menang.
Ketika melihat kepada draf garis panduan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 yang dalam proses perbahasan persidangan NPC dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), ia merupakan cetak biru baharu pembangunan China dan juga memaparkan visi baharu kerjasama di peringkat global.
Sebagai ekonomi kedua terbesar dunia, China sentiasa menumpukan usaha untuk mengurus hal ehwal dalaman negara sambil menyuntik unsur kepastian kepada dunia yang bergolak pada ketika ini.
Sepanjang tempoh lima tahun lalu, ekonomi China berkembang pada kadar purata tahunan sebanyak 5.4 peratus, menyumbang kira-kira 30 peratus kepada pertumbuhan global.
Tahun ini bakal menyaksikan siri aktiviti diplomatik penting diadakan antaranya termasuk lawatan rasmi pemimpin tertinggi China ke luar negara serta penganjuran Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-33 di Shenzhen dan Sidang Kemuncak China-Negara Arab edisi kedua.
Tatkala dunia hari ini berdepan dengan ketidaktentuan, kestabilan dan keamanan yang dikecapi negara China akan membawa manfaat kepada semua.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- China Terus Sediakan Peluang Baharu kepada Selatan Global Melalui Pembangunan Berkualiti Tinggi
- Sesi Pleno kedua Sidang Tahunan NPC Berlangsung Hari ini
- Xi Sertai Sesi Perbincangan Bersama Wakil NPC dari Jiangsu
- Sorotan Laporan Kerja Kerajaan China
- China Catat Rekod Baharu Peruntukan Penyelidikan Asas pada 2025
- Petunjuk Utama FYP ke-15 Diperincikan
- Sidang ke-4 NPC ke-14 Buka Tirai, PM Li Bentang Laporan Kerja
- Laporan Kerja Kerajaan: KDNK China Naik 5 Peratus pada 2025
- Sidang ke-4 NPC ke-14 Dirasmikan Hari Ini
- China Tetapkan Sasaran Pertumbuhan 4.5-5 Peratus