Kontinjen China Raih Pingat Emas Pertama Sukan Paralimpik Musim Sejuk ke-14

(CRI)Isnin 09 Mac 2026

Atlet orang kurang upaya (OKU), Cai Jiayun berjaya memenangi pingat emas pertama bagi kontinjen China pada Sukan Paralimpik Musim Sejuk ke-14 yang berlangsung di Itali.

Kejayaan itu diraih menerusi acara biathlon 7.5 kilometer lelaki kategori berdiri, sekali gus menyumbang emas sulung buat pasukan China dalam edisi kali ini.

Susulan kejayaan itu, ahli Dewan Negara China, Shen Yiqin mewakili Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Dewan Negara mengucapkan tahniah kepada kontinjen China.

Beliau yang juga Pengarah Jawatankuasa Kerja OKU Dewan Negara turut menzahirkan harapan agar kontinjen China terus berjuang dan melakar prestasi cemerlang dalam temasya sukan tersebut, sekali gus menyumbang kepada usaha pemerkasaan OKU negara ini.

Video

Berita Berkaitan