- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Portugal
Presiden China Xi Jinping pada Isnin menzahirkan ucapan tahniah kepada Antonio Jose Seguro yangmemulakan penggal perkhidmatan sebagai Presiden Republik Portugal.
Xi berkata China dan Portugal sentiasa berpegang kepada prinsip saling menghormati dan saling menyokong sejak hubungan diplomatik dijalinkan 47 tahun lalu.
Kedua-dua negara terus memperkasa kerjasama saling untung dengan menjunjung semangat perkongsian, melakukan koordinasi rapat dalam urusan antarabangsa, dan hubungan bilateral sentiasa berkembang secara sihat dan stabil.
Beliau turut meluahkan kesediaan bersama Seguro untuk meningkatkan komunikasi strategik, memperkukuh kesalingpercayaan pada tahap tinggi, memacu kerjasama berkualiti tinggi dan memperkaya konotasi perkongsian strategik komprehensif China-Portugal, sekali gus membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.




