- Lain-lain
Penerbit China Bawa 4,000 Jenis Buku Tampil dalam Pameran Buku London 2026
Pameran Buku London 2026 yang berlangsung selama 3 hari telah membuka tirai di Pusat Pameran Olympia London di sini pada Selasa, menarik hampir seribu pempamer dan lebih 30,000 tokoh profesional dari lebih 90 negara dan wilayah.
Delegasi Penerbit China yang menonjolkan tema 'Reading China', telah membawa lebih 4,000 jenis buku tampil dalam pameran itu, selain mengadakan lebih 40 acara yang berkaitan dengan pelancaran buku baharu dan kerjasama hak cipta.
Pavilion China untuk pameran edisi ini yang terdiri daripada lima zon seperti zon buku bertemakan China dan zon buku jenis premium, bukan sahaja mempamerkan prestasi penerbitan, karya sastera dan budaya tradisional, tetapi juga merangkumi pengalaman digital dan pengembangan ekonomi kreatif berdasarkan hak intelek tempatan.
Terdapat satu seminar yang bertemakan "China dan Dunia pada Era Baru" dan satu majlis pelancaran buku baharu telah diadakan pada hari pertama pameran buku tersebut dirasmikan, manakala terdapat juga beberapa banyak buku versi pelbagai bahasa telah dilancarkan, seperti "Analisis China dari Perspektif Ekonomi dan Inisiatif Pembangunan Global" dalam bahasa Inggeris.
Timbalan Pengurus Besar China Publishing Group Corporation,Zhang Hong menyatakan pada aktiviti tersebut bahawa pembaca dari pelbagai negara dapat memahami keadaan sebenar di China,mengenali peluang pembangunan yang dibawa China kepada dunia, dan mendapat pendedahan tentang China yang bersikap ikhlas untuk senada dengan dunia melakar kemajuan, melalui pembacaan buku-buku yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa dan diedarkan serentak dalam senario global.




