- Lain-lain
China, Belanda Komited Perkasa Kerjasama Saling Untung
China dan Belanda komited untuk memajukan perkongsian kerjasama menyeluruh yang terbuka dan pragmatik.
Menteri Luar Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Belanda Tom Berendson mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon pada Jumaat.
Wang berkata, kerjasama saling untung yang digerakkan China dan Belanda secara terbuka dan pragmatik adalah sejajar dengan kepentingan bersama kedua-dua pihak.
Kolaborasi seumpama juga menyumbang kepada perkembangan sihat hubungan China-Kesatuan Eropah (EU) serta keselamatan dan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global.
China sedia bekerjasama dengan Belanda untuk memperkukuh pertukaran dan komunikasi serta meningkatkan lagi persefahaman dan kepercayaan, ujar beliau.
Sementara itu, Berendson menyatakan kesediaan Belanda untuk memperdalam kerjasama dengan China dalam perubahan iklim, pengurusan sumber air dan bidang lain, serta bersama-sama mempertahankan multilateralisme.




