IEA: Simpanan Minyak Kecemasan Bakal Dilepaskan ke Pasaran

(CRI)Isnin 16 Mac 2026

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengeluarkan satu pengumuman pada Ahad bahawa simpanan minyak kecemasan akan segera dilepaskan negara anggota IEA ke pasaran antarabangsa untuk mengurangkan ketegangan dalam pembekalan minyak pada masa sekarang ini.

Pengumuman itu menyatakan bahawa pihaknya telah menerima rancangan pelaksanaan yang terperinci dari pelbagai negara anggota IEA. Menurut peraturan, negara anggota IEA dari Asia dan Pasifik akan melepaskan simpanan minyak terlebih dahulu, dan kemudian giliran untuk negara anggota dari Amerika dan Eropah yang dijangka akan bertindak bermula penghujung bulan Mac.

Menurut satu kenyataan IEA sebelum ini, kesemua 32 negara anggota pertubuhan itu telah bersetuju sebulat suara untuk melepaskan 400 juta tong simpanan minyak strategik. Data terkini menunjukkan, 271.7 juta tong berasal dari simpanan kerajaan negara anggota, 116.6 juta tong dari simpanan industri, dan 23.6 juta tong dari sektor lain. Antara minyak yang dirancang untuk dilepaskan, kira-kira 72 peratus adalah minyak mentah, dan 28 peratus adalah petrol.

Video

Berita Berkaitan