- Lain-lain
Sidang Tahunan BFA 2026 Labuh Tirai

Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2026melabuhkan tirainya pada Jumaat. Kira-kira 2,000 perwakilan dari lebih 60 negara dan wilayah menghadiri sidang tersebut.
Mengimbas kembali sejarah pembangunan Asia, benua ini menjadi salah satu kawasan yang paling berdinamik di dunia berkat dengan sikap negara-negara Asia yang menjunjung keterbukaan dan kerjasama.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh BFA, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asia dijangka akan menyumbang 49.7 peratus daripada jumlah dunia pada 2026, daripada 49.2 peratus yang dicatatkan pada tahun 2025. Ini sekali gus memaparkan peranan Asia sebagai enjin utama ekonomi global.

Selain itu, garis panduan Rancangan Lima Tahun ke-15 China telah membuat perancangan rapi mengenai langkah meningkatkan keterbukaan bertaraf tinggi.
Apakah peluang dan kerjasama baharu yang akan dibawa oleh China kepada dunia dalam lima tahun akan datang?
Pasaran merupakan sumber yang paling berharga. China yang memiliki populasi melebihi 1.4 bilion orang dan golongan berpendapatan sederhana terbesar dan paling pesat berkembang di dunia, mempunyai potensi permintaan domestik yang amat besar.
Pada masa sama, jumlah syarikat perdagangan luar negara yang berdaftar di Hainan meningkat sebanyak 65.7 peratus selepas pelaksanaan operasi kastam khas seluruh pulau di Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan, manakala sebanyak 11,773 entiti perniagaan telah diluluskan sebagai subjek yang layak menikmati faedah cukai sifar, dengan nilai keseluruhan barang bebas cukai mencecah RMB1.69 bilion (RM984 juta).
Seperti dinyatakan Presiden Persatuan Perdagangan Britain-China Peter Burnett, "Saya sentiasa menasihati syarikat-syarikat Britain yang menjual barangan atau perkhidmatan: jika mahu memperoleh kejayaan di dunia, pergilah melabur di China."
- Kemudahan Sanitasi Pintar Berkhidmat Pada Sidang Tahunan BFA 2026
- Zon Karbon Sifar Hainan Perlihat Amalan Hijau China
- Zhao Leji akan Hadiri Sidang Tahunan BFA 2026
- Pusat Penerangan BFA Dibuka Hari ini
- Naib PM China Bertemu Anggota Lembaga Pengarah BFA
- Duta Besar NZ ke China Tekankan Peranan Global Asia
- Cadangan China untuk Cipta Masa Depan Asia Lebih Indah
- BFA: Mantan PM Finland Puji Sasaran Pertumbuhan China
- Naib PM Bertemu Pemimpin Asing Sempena BFA
- Asia Penggerak dan Pestabil bagi Pertumbuhan Ekonomi Global




