- Lain-lain
Xinjiang Grand Bazaar Internasional
Apabila tiba di Xinjing, tempat yang pasti anda pergi adalah Grand Bazaar. Tahukah anda tahu apa itu Bazaar? Bazaar dalam bahasa Uyghur moden bermaksud pasar. Xinjiang International Grand Bazaar yang terletak di Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang adalah pasar yang terbesar di dunia dengan jumlah keluasan 100,000 meter persegi. Ia merupakan tempat berkumpul dan juga pusat pameran produk Xinjiang, selain salah satu mercu tanda Urumqi.
Dibina pada tahun 2003, pasar itu menjadi kompleks yang menghimpunkan keunikan tempatan yang merangkumi budaya, seni bina, perdagangan, hiburan dan katering. Lebih 3,000 kedai di pasar itu menawarkan pelbagai pilihan untuk pelancong tempatan dan antarabangsa. Buah-buahan,juadah serta kraftangan tempatan yang beraneka jenis... Semuanya boleh didapati di sini. Suasana riuh-rendah dengan laungan para penjaja dan gelak tawa pelancong.
Bazaar pada asalnya berkaitan dengan kegiatan ekonomi di kawasan kampung. Ia adalah hasil daripada ekonomi pertanian sara diri. Menurut catatan sejarah, bazaar di Xinjiang adalah berasal dari Kashgar, kota purba berusia ribuan tahun. Apabila memasuki Lembangan Tarim, Jalan Sutera purba bersimpang. Satu ke arah utara dan satu lagi ke selatan, mengelilingi pinggir Gurun Taklamakan, dan bertemu semula di Kashgar. Saudagar berulang-alik. Perdagangan juga semakin semarak di sini. Bazaar ibarat bintang-bintang yang muncul di oasis di sekitar selatan dan utara Gunung Tianshan. Bazaar telah mengembangkan fungsi budaya dalam sejarah yang panjang.
Hari ini, Xinjiang International Grand Bazaar menawarkan lima perkhidmatan utama, termasuk pelancongan, perdagangan, katering, pameran seni dan peruncitan. Merangkumi pelbagai perniagaan, berskala besar, dan juga menakjubkan. Kehadiran gergasi perniagaan antarabangsa serta jenama terkenal dunia turut menambahkan lagi populariti Grand Bazaar. Dengan mengguna pakai model perniagaan, logistik, operasi yang terkini, ia mewujudkan landskap baharu bagi sektor pemborongan dan peruncitan di Urumqi. Sekali gus membawa Xinjiang yang dikenali sebagai “Mutiara Jalan Sutera” ke arah masa depan yang lebih luas.
- Hantaran Barangan Melalui Alashankou Naik 11.4 Peratus pada Jan 2026
- Xinjiang Terima 323 Juta Pelancong Sepanjang 2025
- Kemajuan Xinjiang dan Xizang Tak Boleh Dinafi - MFA
- Rekod Baharu: Lebih 450,000 Kenderaan Dieksport Melalui Horgos
- Petani Tempatan Lawan Penggurunan di Kaunti Moyu, Xinjiang
- Sukan Ski Disenaraikan Mata Pelajaran Wajib di Sekolah Rendah dan Menengah Altay
- Aliran Tren Kargo China-Eropah di Alashankou Duduk Tangga Teratas
- 200,000 Individu Lakukan Perjalanan Rentas Sempadan Melalui Pintu Baktu pada 2025
- Terowong Lebuh Raya Terpanjang Dibuka Secara Rasmi di Xinjiang
- Panorama Musim Sejuk Tasik Sayram, Xinjiang




